Perkara ini seperti yang tercatat dalam Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.
Malah laporan tersebut
juga menggambarkan betapa teruknya prestasi Negara selama sedekad ini
(2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada Daya Tahan Ekosistem dan
Sumber Asli Negara.
Memetik kenyataan Pengerusi
LPPAS PAS Pahang Andansura Rabu, Umno/BN sudah kehabisan modal politik
sehingga sanggup menuduh Kedah dan Kelantan, sedangkan pada hakikatnya,
merekalah yang sebenarnya gagal menguruskan hutan di negeri yang
ditadbir mereka sendiri dengan baik.
Seperti juga
isu air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi pada hakikatnya
di Pahang sendiri krisis air masih tak selesai-selesai, merujuk kepada
memorandum yang diserahkan wakil PAS negeri kepeada menteri besar Pahang
baru-baru ini.
Di Pahang sendiri, kita boleh lihat
banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik, contohnya di
Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kg Cemomoi Mancis) yang
melibatkan kawasan seluas 3000 hektar, Projek Empangan Kelau yang
melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim Hulu Lepar di Kuantan,
manakala Hutan Simpan Tekai, Kg Bantal dan Kg Mat Daling yang melibatkan
700 hektar kawasan hutan.
Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.
Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.
Bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan
yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan,
kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.
Andansura
berharap Umno/BN khususnya kerajaan persekutuan dan di negeri-negeri
yang ditadbir mereka tidak hipokrit dalam isu ini kerana lebih banyak
pendedahan penyelewengan pengurusan hutan di bawah Umno/BN akan
didedahkan selepas ini.
No comments:
Post a Comment