Kementah beli senjata secara rasuah
Bekas
Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk
Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar
keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).
Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN,
Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir
kementerian itu.
Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.
Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.
Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.
Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.
Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk,
Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi
mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.
“Datuk
Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan
dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan
ikut belanjawan,” kata Rafizi.
Ghafir berkata, punca utama
perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli
senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah
menyebabkan kos pembelian mahal.
“Amalan beli senjata rundingan
terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan
kebajikan tentera,” kata Ghafir.
Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata,
pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah
pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.
“Bila Malaysia
beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan
lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” kata Ghafir
dipetik.
Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat
oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang
kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.
No comments:
Post a Comment