Tuesday, January 22, 2013

AMK: Desak Umno BN henti sebar risalah fitnah Anwar

Aliff Fikri
 

PETALING JAYA 21 Jan: Umno BN hendaklah segera menghentikan sebaran buku dan risalah fitnah jahat ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Selangor.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, penerbitan buku bertajuk ‘Anwar Ibrahim dan Agenda Zionist’ yang mula diedar semalam antara lainnya mengaitkan Anwar dengan beberapa tokoh Israel.

“AMK Selangor percaya buku fitnah Anwar, risalah ‘Sinar Selangor’, serta pelbagai lagi buku termasuk cakera video lucah agenda Umno BN yang terdesak untuk memenangi kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.

“Ia berikutan penerbitan itu tidak ada nama penerbitan, alamat percetakan yang sekaligus membuktikan tindakan desperado politik kotor ini sememangnya perbuatan keji mereka.
“Ini amalan pengecut Umno BN yang sengaja untuk memecah belah rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

“Kita dapati beribu-ribu buku fitnah ini disebarkan berperingkat-peringkat di setiap rumah di Taman Sri Andalas dan Kota Raja, Klang. Manakala risalah ‘Sinar Selangor’, VCD lucah serta lain-lain risalah pula dihantar secara pos ke rumah dan surau seluruh Selangor sejak dua bulan lalu,” jelasnya.

“Tindakan terkutuk ini bukan budaya politik negara yang mengamalkan demokrasi,” kata Azmizam.
AMK Selangor akan membuat laporan polis berhubung penyebaran buku dan risalah fitnah tersebut.

“Kami akan membuat laporan polis dalam kadar segera dan memohon polis agar melakukan siasatan dengan adil.

“AMK Selangor juga meminta penduduk yang mendapat dokumen fitnah ini dapat menyerahkannya ke pejabat-pejabat KEADILAN, PAS dan DAP yang berhampiran untuk memudahkan kita menangkap dan mengesan siapakah penyebar tersebut.

“Penduduk yang memiliki CCTV di rumah juga dipohon agar mengenal pasti wajah atau nombor plat kenderaan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, AMK Selangor mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat bersama Anwar sebelum Pilihan Raya Umum 13.
“Kita mendesak Najib menyambut gesaan untuk berdebat dengan Anwar. Jangan jadi pengecut dan hanya pandai menabur fitnah sentimen agama dan kaum saja.
“Debat ini wajib dibuat sebelum PRU dan perlu disiar secara langsung di saluran utama TV,” tegas Azmizam.

 

No comments:

Post a Comment