Abdul Rahim Sabri
15 Mac 2013
Enam anggota polis hari ini hadir ke pejabat Suara Keadilan di Cheras
dipercayai berhubung kenyataan Naib Presiden Tian Chua yang mengaitkan
Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.
Anggota
keselamatan itu tiba di pejabat lidah rasmi PKR itu kira-kira jam 10.15
pagi dan memaklumkan bahawa mereka mempunyai waran geledah kepada
kakitangan akhbar itu.
Bagaimanapun, kakitangan Suara Keadilan
memberitahu Malaysiakini bahawa polis diminta untuk berurusan dengan
peguam Latheefa Koya.
"Polis ada menghubungi dengan peguam. Kemudiannya mereka beredar daripada pejabat Suara Keadilan," kata kakitangan itu.
Pihak
polis tidak mengambil apa-apa daripada pejabat tersebut selepas berada
kira-kira 20 minit di situ, tambah kakitangan itu lagi.
No comments:
Post a Comment