Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan
menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' sekali lagi kepada
pelajaranya – kali ini di kampus Kuantan, Pahang pada malam esok. Sumber
di bahagian hal ehwal pelajar kampus berkenaan mengesahkan bahawa
tayangan anjuran Pejabat Pengarah Kampus itu akan berlangsung di Dewan
Utama di pejabat itu pada jam 9 malam esok.
"Ia diadakan secara
tertutup kepada kakitangan dan pelajar sahaja," kata sumber yang enggan
dinamakan, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya
mengenai tujuan pihak universiti mengadakan tayangan tersebut, pegawai
berkenaan enggan mengulas kerana "ia bukan dalam bidang kuasanya".
Beliau
juga memberi alasan sama ketika ditanya sama ada majlis itu juga akan
disertai dengan sesi soal jawab seperti tayang di kampus UIA Gombak pada
9 Mac lalu.
Tayangan berkenaan mendapat bantahan kumpulan
pelajar pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang
mempersoalkan sekiranya ia bertujuan untuk mempengaruhi para pelajar
bagi menyokong parti tertentu.
Presiden We Unite For Islam (Wufi)
Abdul Muntaqim Abu Bakar berkata beliau mengesyaki demikian
memandangkan promosi filem berkenaan dibuat secara tergesa-gesa ketika
pilihan raya umum ke-13 semakin dekat.
"Kenapa ia ditayangkan
dalam suasana dengan pilihan raya umum yang semakin hampir. Adakah mahu
(mengajar) pelajar memilih parti tertentu dalam pilihan raya?" katanya.
Katanya, promosi untuk tayangan kali kedua untuk filem yang dilarang oleh jemaah menteri tersebut mula dikesan pada hari ini.
Filem berkenaan bagaimanapun mula ditayangkan dalam sesi tertutup
bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamd dalam satu program
anjuran Felda pada pertengahan bulan lalu dan juga seterusnya dalam
satu lagi majlis di UIA Gombak.
Dalam majlis bersama siswa UIA Gombak itu, seorang pegawai kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan turut memburuk-burukkan NGO BERSIH dan portal berita Malaysiakini selepas penayangan filem kontroversi Tanda Putera di kampus Gombak.
No comments:
Post a Comment