PKR mendakwa bahawa blogger pro-Umno, Papagomo adalah pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju.
Ini
berdasarkan carian parti itu di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dengan menggunakan nombor kad pengenalan (IC) Papagomo, atau Wan
Muhammad Azri Wan Deris, semalam.
Menurut
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kiri), Wan Muhammad Azri memiliki
dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan
satu IC awam.
Beliau digantung tugas dan disabitkan atas kesalahan rasuah, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Rafizi
mendakwa, semakan menunjukkan bahawa alamat dalam kedua-dua IC itu
milik orang yang sama, sambil menambah bahawa ini membuktikan dakwaan
Pakatan Rakyat berhubung kewujudan pengundi hantu.
Katanya,
satu-satunya perbezaan adalah tarikh kelahiran dalam carian di
(lamanweb) SPR, tetapi pihaknya yakin itu adalah orang yang sama seperti
dalam salinan skrin (screen capture) dengan alamat di Danau Apartment
dan Taman Bukit Ampang.
Penemuan itu, tegas Rafizi, menunjukkan kewujudan pengundi hantu, di mana Papagomo mungkin dibenarkan mengundi dua kali.
Beliau
menggesa SPR supaya menjelaskan perkara tersebut tentang bagaimana
ramai individu seperti Papagomo, yang didakwanya, suka memfitah lawan
politik, diberi peluang untuk mengundi.
No comments:
Post a Comment