Ruqayya Rahman
12 Mac 2013
PERAK 12 MAC: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada
kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan
KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara
sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan
putrajaya.
Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior
kira-kira tiga minggu lalu.
“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail)
beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan
jadi huru hara.
“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita
dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih
sebagai penasihat keselamatan kita
“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah,
yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,”
Katanya.
Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B)
Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi
telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau
Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke
Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,”
katanya.
Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar
Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran
cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.
Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen
Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi.
No comments:
Post a Comment