Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri
Sembilan perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi
memaklumkan DUN itu terbubar dengan sendiri pada 27 Mac ini jika tiada
pengumuman dibuat pembubarannya esok.
Pengerusi SPR, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana DUN sekarang akan tamat
tempohnya esok selepas lima tahun bersidang.
Pihak SPR pula, tambah beliau, mempunyai masa selama 60 hari daripada tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.
"Speaker
(Negeri Sembilan) akan menulis surat kepada SPR memaklumkan DUN Negeri
Sembilan terbubar. SPR pula mempunyai masa 60 hari untuk untuk
mengadakan pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya
bagaimana sekiranya Speaker tidak berbuat demikian, Abdul Aziz yakin
Speaker akan menghantar surat mengenai pembubaran DUN negeri itu.
Negeri
Sembilan dengan 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar
secara automatik pada 27 Mac ini selepas cukup tempoh lima tahun.
Sebanyak
21 kerusi di negeri itu dikuasai BN dan 15 kerusi lagi dikuasai Pakatan
Rakyat dengan DAP menguasai sepuluh kerusi, PKR empat kerusi dan PAS
pula satu kerusi.
No comments:
Post a Comment