Sunday, April 7, 2013

Hotel tak jadi sedia dewan untuk forum politik



Berjaya Hotel, Times Square memutuskan untuk tidak menyediakan dewannya untuk digunakan dalam satu forum yang mengetengahkan wakil dari kedua-dua kem politik, dua hari hari sebelum acara tersebut dilangsungkan.

Forum berkenaan dianjurkan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), yang beroperasi bawah badan pemikir Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Pengarah CPPS Ng Yeen Seen (kanan) kecewa apabila mendengar mengenai perkara tersebut dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.

“Kami komited ke arah objektif utama acara ini – untuk memastikan orang awam fokus kepada isu dan pada masa sama membolehkan semua parti yang berminat untuk mendapat akses saksama untuk berucap dan hak menjawab semasa pilihan raya umum," katanya dalam satu kenyataan.

Ng, bagaimanapun, tidak mendedahkan alasan Berjaya Hotel untuk tidak menyediakan tempat itu.

CPPS juga membuat keputusan untuk mengadakan forum tersebut di Corus Hotel, Kuala Lumpur.

Acara itu akan diadakan pada hari Rabu, antara 7.30 petang hingga 10 malam.

Ia akan menampilkan anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah, naib presiden MCA  Gan Ping Sieu dam kiga pengarah strategi pilihan raya DAP Liew Chin Tong dan juga pengerusi perpaduan nasional PAS Mujahid Yusof Rawa.

No comments:

Post a Comment