"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada,"
Thursday, April 18, 2013
5 pegawai Najib jadi calon
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima pegawai di pejabat Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Mereka ialah Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena); Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Latt Shahriman di kerusi negeri Kubang Rotan, Kedah.
Mohd Fatmi yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru bertanding untuk kali kedua setelah kalah pada 2008.
Manakala, Mohd Shafie, Shahlan, Mohd Suffian dan Latt Shahriman membuat percubaan yang pertama.
Pilihan raya umum 5 Mei ini juga menarik kerana beberapa calon yang mempunyai kaitan keluarga bukan sahaja membabitkan Pakatan Rakyat tetapi juga Barisan Nasional.
Di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya, Nurul Izzah (Lembah Pantai), Lim Kit Siang (Gelang Patah) serta Lim Guan Eng (Bagan).
Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal bertanding di parlimen Semporna, adiknya Mohd Yusof di DUN Lahad Datu.
Bekas Menteri Besar Perli, Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding di parlimen Arau, manakala adiknya, Ismail di kerusi DUN Tambun Tulang yang sebelum ini ditandingi oleh Shahidan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment