Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN
Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya
pada malam ini.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin
Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih
belum memberikan maklum balas positif.
"Kami masih menanti
(maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib),
kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini,"
kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.
BERSIH mempromosi
forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi
membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik
terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.
Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Antara
pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum
bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua
Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan
sementara, Gan Ping Sieu.
Najib, selaku pemimpin tertinggi BN
bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun
masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.
No comments:
Post a Comment