KUALA LUMPUR:
DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar
Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan
DAP tidak sah.
Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP
akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR
di Sabah dan Sarawak.
Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.
Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.
"Dengan
tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15
Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung
untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk
menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP
dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.
Bagi
beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket
ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.
Bagi
beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon
yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan
memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.
"Jelas ROS berniat
untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan
DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.
"Sehubungan itu, CEC
DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan
biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013
nanti," kata Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya
untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP
bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.
Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan
semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya
ini.
No comments:
Post a Comment