SARAWAK 26 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat ke Sarawak hari ini.
Program pertama yang bakal dihadiri beliau iaitu Sepetang Bersama Anwar Ibrahim di Kampung Kabong Parlimen Saratok, jam 2.30 petang.
Seterusnya program kedua yang juga Sepetang Bersama Anwar Ibrahim diadakan di Kampong Beladin Parlimen Batang Lupar pada jam 5 petang.
Manakala sebelah malamnya, beliau dijadualkan menyampaikan ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam yang diadakan di Sri Dagang Waterfront Commercial Centre, Miri (Depan Klinik Dr Teo).
No comments:
Post a Comment