KUALA LUMPUR:
Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling
dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan
Gelang Patah.
Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.
“Umno-BN
gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana
untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin
ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai
sambutan ceramah Husam.
"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan
yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir
ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata
sumber Umno itu.
Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat
yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat
berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan
majlis suai kenal di surau tersebut.
(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)
"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di
Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara
Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya
politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.
Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.
Menjawab
persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya
sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood
di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.
“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib
Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk
menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku
Mansor.
“Muhyiddin
dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan
Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah
goyang,” katanya.
Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian
Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan
populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan
untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.
(Lim Kit Siang di Gelang Patah)
“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan
kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu
semakin berkurangan.
"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak
takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka
undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan
berseloroh.
Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama
Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan
awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela
oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang
berada di Putrajaya.
“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh
seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang
baru selepas 5 Mei ini.
No comments:
Post a Comment