Dua kereta milik anak perempuan calon
PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling
bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya,
Klang, semalam.
Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.
Dalam
kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar,
30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk
bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.
Seorang jiran yang tidak
mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya
bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak,
turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk
masuk ke halamannya.
"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.
"Saya
menjerit kembali untuk memberi amaran kepada jiran saya tetapi diancam
oleh mereka supaya jangan masuk campur atau jika tidak, mereka akan
membuang bekas berisi minyak tanah ktu ke dalam rumah saya," katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
Suami, anak kecil dan amah ada di rumah
suami
Sangetha, Dr Arnil Srimanne, 36, anak kecilnya berusia setahun dan
pembantu rumah mereka berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.
"Saya
terdengar satu kekecohan dan menjenguk keluar melalui tingkap rumah
saya apabila mereka menjerit lucah dan mengugut saya," kata Arnil.
Katanya,
suspek kemudian memecahkan tingkap belakang kereta isterinya yang
diletakkan di anjung depan sebelum mencurahnya dengan minyak tanah dan
membakarnya.
Menurutnya, dalam keadaan tergesa-gesa kerana orang
ramai telah berkumpul di situ, suspek melemparkan salah satu bekas
berisi minyak tanah ke sebuah lagi kereta sebelum meninggalkan tempat
kejadian," katanya.
Dalam masa beberapa minit, kereta bomba tiba untuk memadamkan api.
Ketika
ditemui, Xavier (kanan) yang juga penyandang kerusi DUN Seri Andalas,
berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.
Katanya, kejadian berlaku terhadap anaknya kerana dia terlibat dalam politik dengan beliau.
Sementara itu polis yang tiba di tempat kejadian sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan membakar
Xavier
akan mempertahankan kerusi itu pada 5 Mei ini dalam pertarungan lima
penjuru dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan, P Uthayakumar daripada Parti
Hak Asasi Manusia dan dua calon Bebas, KS Kottappan Suppiah dan Hanafiah
Husin.
No comments:
Post a Comment