"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada,"
Friday, April 19, 2013
Umno Tak Mampu Laksanakan Janji Manifestonya di Selangor
Hafizan Taib
19 April 2013
PETALING JAYA, 19 APRIL : Kemampuan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan dasar pro-rakyat seperti pemberian air percuma sudah terbukti berbanding Umno-BN yang baru menawarkan inisiatif itu untuk meraih undi di dalam pilihanraya umum pada Mei 5.
Kesungguhan PR dapat dilihat apabila ia meneruskan dasar itu dan mahu menawarkan saham air kepada rakyat.
Berbanding dengan Umno-BN yang sejak 2008, berkata pemberian air percuma akan memufliskan negeri.
Kini Umno-BN secara tidak langsung mengakui keberkesanan dan kejayaan dasar pemberian air percuma apabila gagasan itu meniru PR, kata mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Apa yang kita lihat Umno-BN telah mula mengikut kita dalam manifesto termasuk menawarkan air percuma kepada rakyat.
“Namun begitu kita yakin Umno-BN tidak mampu memberikan apa yang rakyat Selangor perlukan kerana apa yang lebih penting adalah jati diri kerajaan itu sendiri.
“Air adalah hak rakyat. Itu yang mahu dilakukan PR untuk penstrukturan semula air dan memberi saham kepada rakyat,” kata Abdul Khalid yang juga calon Pelabuhan Klang dalam sidang media hari ini.
Abdul Khalid berkata, manifesto PR kali ini telah dikaji dari pelbagai sudut termasuk pelaksanaan dan impak kewangan berbanding manifesto pada 2008.
“Kita akan turun padang berjumpa rakyat untuk menerangkan manifesto ini malah akan menjawab segala tohmahan dilemparkan Umno-BN.
“Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk tujuan ini diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Institut Rakyat untuk membantu kita,” katanya.
Abdul Khalid berkata, PR akan melaksanakan apa digariskan dalam manisfesto ini apabila mendapat mandat rakyat pada 5 Mei ini.
PR melancarkan manifesto dan mengumumkan senarai calon di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment