Wednesday, April 17, 2013

Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar


Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar (lahir 13 Ogos 1897 di Bandar Maharani,Muar, Johor)merupakan Speaker Parlimen yang pertama (1959-1964) dan Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (1969-1970).Beliau bertugas dari 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Parlimentari Komanwel. Selepas bersara, beliau menjadi pengarah Genting Highland, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Beliau berkahwin dengan Maimun bin Haji Abdul Manaf.
Anak mereka bernama Rahah, Suhaila , Fakhriah dan Abu Rais.Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua TunAbdul Razak Hussein (1971-1976). Toh Puan Suhaila menjadi isteri Perdana Menteri Malaysiake-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah.
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Seorang lagi cucunya ialah Datuk SeriHishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib.

Politik

Sebagai peguam / majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur,Johormewakili Perikatan / UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat mulai 1 September 1959-29 Februari 1964.Selepas itu beliau diganti oleh DatoSyed Esa Alwee al-Syabab. Sidang Parlimen pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (kini MATIC) pada pagi Jumaat.Pada hari pertama persidangan, Yang di-Pertuan Agong dimasyhurkan dan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Mohamed Noah juga menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-3 selepas Tuan Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhah. Noah menyandang jawatan itu dari 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970. Selepas itu beliau diganti oleh Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan

Anugerah dan kenangan
Yayasan Mohammad Noah ditubuhkan bagi mengenang jasa beliau. Antara yang memainkan peranan ialah Ahmad Johari, cucu beliau dan Tun Hajah Rahah.
Sebuah masjid di pusat percutian perjudian Genting Highland telah dinamakan sebagai Masjid Yayasan Mohammad Noah. Tan Sri Mohammad Noah merupakan pengasas Genting Highland bersama Tan Sri Lim Goh Tong pada 1965.Projek itu untuk membina hotel dan resort di kawasan pergunungan di sempadan Selangor-Pahang (Genting Sempah), yang kemudiannya kini dikenali sebagai Genting Highlands.Buku Goh Tong 'My Dream' menceritakan detik-detik awal pembinaan Genting Highland. Noah menjadi pengerusi sementara Lim Goh Tong sebagai pengarah urusan.Kerajaan Pahang telah meluluskan 12,000 ekar untuk resort itu.Pusat judikasino ini adalah satu-satunya di Malaysia.

Meninggal dunia
Beliau telah dimakamkan di Makam Pahlawan. Tokoh lain yang disemadikan di sini ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Syed Ismail,Tun Sardon Jubir, dan Tan Sri Abdul Kadir Yusof.



1 comment:

  1. Salam eidulfitri <ana ucapkan jazakallah ata usaha menulis keturunan Allahyarham Noah ini, cuma nak tanya ada tak profail atau kisah keturunan Ali bapa kepada Tun Hasamah (Isteri Tun Mahathir)?adakah kait mengait dengan Allahyarham Noah

    ReplyDelete