Dalam
memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program
Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” kepada pensyarah semalam,
dinyatakan bahawa universiti meluluskan pengecualian kuliah ketika acara
itu.Ia dijadual berlangsung hari ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
“...dan diharapkan kerjasama pensyarah untuk sama-sama membantu pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) bagi menjayakan program tersebut,” memo itu dipetik.
Bagaimanapun, pensyarah diminta memberi maklum balas berhubung pelajar yang perlu membuat pembentangan, kuiz dan ujian.
Memo itu didedahkan oleh Ketua DAP Segamat Pang Hok Liong dalam ceramah di Buloh Kasap malam tadi.

No comments:
Post a Comment