Sunday, April 7, 2013

Manifesto BN Tidak Menyentuh Wawasan 2020


Aku mungkin tak perasan bila DS Najib menyebut Wawasan 2020 dalam manifesto yang dibentangkannya. Tapi aku tak dengar langsung. Mungkin ketika dia sebut, aku mengantuk. Mungkin.

Bila aku belek-belek akhbar hari ini, puas aku mencari kalau-kalau ada kenyataan DS Najib yang  boleh membayangkan yang manifesto BN ini bergerak untuk memacu negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Tidak ada diseut langsung. Maknanya memang tidak disentuh langsung ler.

Jikalau begitu manifesto BN kali ini macam menyediakan gula-gula kepada anak-anak yang menangis. Mungkin DS Najib sudah tahu ada rakyat di Malaysia ( mungkin tak ramai) yang sangat  suka kepada gula-gula untuk memujuknya jangan menangis. Lantas disediakan gula-gula.


Lagipun untuk menyediakan gula-gula tidak mendatangkan bebanan ;angsung kepada kerajaan.
Banyak juga ler janji-janji yang dijanjikan oleh Barisan Nasional sekiranya mereka dapat berkuasa semula. DS Najib menyampaikan manifestonya dengan penuh semangat. Apatah lagi apabila disambut dengan tepuk sorak yang ‘bergemuruh’ dari penonton dan pendengar yang ‘diupah’. 


Mungkin! Tetapi persoalan yang sentasa menyerang kepala aku apabila aku mengikuti ucapan pembentangan manifesto  itu ialah, mengapa kerajaan BN tak laksanakan sekarang apa yang dihasratkannya itu. Bukankah kerajaan BN yang meemrintah Malaysia kini. Mengapa menunggu mandat baru.

Satu contoh yang paling ketara bagi aku ialah yang berkaitan dengan teksi. Telah berapa lama masalah ini dideritai oleh pemandu-pemandu teksi yang rata-ratanya golongan miskin. Aku sentiasa bertanya kepada pemandu teksi apabila aku menyewa teksinya. Jawapan yang diterima tentulah dalam mada yang mengandungi kesedihan. “ Teksi ini bukan kami punya encik…..kami sewa……kadang-kadang nak bayar sewa pun tak lepas encik…..kami tak mengaharapkan nak jadi kaya encik……kalau boleh hidup senang sikit pun cukup lah……

Itu merupakan rintihan yang biasa  kita dengar dari mereka. Kita tahu bahawa permit teksi dimiliki oleh golongan yang rapat dengan pihak yang boleh memberikan permit teksi. Yang memiliki permit teksi bukan pemandu teksi. Agak pelik mendengarnya. Dan apabila pihak Pakatan Rakyat menjanjikan yang mereka akan memberikan permit teksi hanya kepada pemandu teksi apabila mereka memenangi pilihanraya nanti barulah pihak Barisan Nasional mengambil langkah-langkah yang agak serupa.

Dalam satu temuramah yang disiarkan oleh RTM pukul 1.00 tengah hari tadi  aku dengar dua orang pemandu teksi mencurahkan rasa kegembiraannya mendapat permit persendirian setelah 15 tahun memohon permit berkenaan. Terfikir pulak aku. Mengapa setelah 15 tahun memohon baru diluluskan permit oleh kerajaan. Selama 15 tahun katanya, mereka terpaksa menyewa permit dari pihak-pihak tertentu. 


Sekiranya BN ikhlas untuk membantu pemandu teksi mengapa baru sekarang terdetik di hati BN untuk menghulurkan bantuan. Apakah setelah munculnya manifesto Pakatan Rakyat yang akan bertindak memberi permit berkenaan.

Itu yang aku persoalkan. Mengapa perlu manifesto? Selama ini mengapa tak buat?  Takkanlah tak faham masalah pemandu teksi tu. Takkanlah tak faham……
Dalam manifesto BN tu juga macam-macam yang dijanjikan. Kadang-kadang aku lihat macam manifesto zaman selepas merdeka pulak. Aku kata begitu sebab ada disebut rancangan kerajaan membina jalan raya dan infrastruktur lain di Sabah dan Sarawak. Sepatutnya kerja membina jalan raya, tali air, klinik dah lama selesai.

  Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Malaysia pada 1963. Dah lima puluh tahun. Lam ya mim alif , pa wau lam wau ha, ta alif ha wau nun. Setengah abad. Hanya lapan tahun bezanya dengan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Takkan lah baru sekarang nak rancang dan buat jalan. Patutlah orang Sarawak dan Sabah marah sangat. Seolah-olah mereka dianak-tirikan. Mungkin dah buat. Tapi tak dibuat secara besar-besaran…

Manifesto BN yang dibentangkan oleh DS Najib tidak langsung memperkatakan sedikitpun mengenai rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Tempoh pemerintahan  kerajaan akan datang akan tamat pada tahun 2018, ia itu hanya dua tahun ke sasaran tahun 2020. Sekiranya BN serious untuk merealisasikan Wawasan 2020, tentunya ada diselitkan rancangan yang konkrit dalam manifesto yang dibentangkan.

Tun Mahathir mungkin terasa terkecil hati apabila wawasan 2020 tidak dimasukkan dalam manifesto BN yang dibentangkan kerana zaman pemerintahan beliaulah wawasn yang dinamakan “ The Way Forward’ itu dikemukakan. Aku masih ingat lagi ucapan Dr.Mahathir dalam satu majlis Harvard Club Dinner yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dalam tahun 1992. 

Wawasan 2020 amat kurang dibincangakn samada dalam pembentangan bajet ataupun dalam manifesto BN. Apakah hasrat dan impian Wawasan 2020 itu akan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai sejarah negara? Apakah pengucapan Wawasan 2020 hanya sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sahaja. Ataupun wawasan 2020 bukan lagi tanggungjawab kerajaan yang memerintah selepas PRU 13 nanti. Ataupun mungkinkah ramai yang memikirkan bahawa hasrat wawasan 2020 itu tidak mungkin akan tercapai. Ataupun sudah adapun yang memikirkan bahawa sebenarnya Wawasan 2020 itu sudah pun tercapai.

Manifesto BN sepatutnya sarat dengan hasrat jagka panjang dan jangka pendek tentang apa yang hendak dijalankan demi memacu negara ke arah kemajuan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi meletak dan mengharumkan nama negara di peringkat global. Pendek kata Manifesto BN seharusnya bersifat global sebagaimana Manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Abuhassanadam
7 April 2013

No comments:

Post a Comment