Sunday, April 7, 2013

Banyak kecurangan Umno didedah jika Pakatan kekal tadbir S’ngor

Sidiqin Omar

Nik

LEMBAH PANTAI 8 APRIL: Pentadbiran Pakatan Rakyat selama lima tahun berjaya membongkar pelbagai penyelewengan Umno BN di Selangor, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Justeru, rakyat Malaysia yang muak dengan amalan rasuah berpeluang membongkar lebih banyak kecurangan Umno BN di peringkat Pusat dengan mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Banyak penipuan yang dilakukan Umno BN. Contohnya Satim Diman, Ketua Pembangkang DUN Selangor nak jual Tanah Rezab Melayu (TRM) kepada orang bukan Melayu.

“Saya semasa jadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor tengok surat permohonan Umno Selangor untuk jual. Kita dapatkan nasihat daripada Pejabat Tanah dan Galian dan mendapati ia melanggar perlembagaan.

“Kononnya untuk tujuan kemasyarakatan. Tapi yang kita nampak mereka bina pusat komersil dan perumahan mewah,” kata Nik Nazmi pada ceramah kelompok KEADILAN Lembah Pantai di Apartment Pantai Permai malam tadi.

Pada November 2011, DUN Selangor digemparkan dengan pendedahan penjualan tanah yang awalnya dimiliki Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Tanah tersebut diberikan kepada PKPS bagi pembangunan pendidikan sains, sebelum dijual kepada syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd di mana Satim sendiri merupakan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu, ada tanah milik agensi kerajaan negeri dijual kepada pimpinan Umno BN di Selangor serendah RM1 sekaki persegi dan menjualnya semula kepada pemaju dengan keuntungan berpuluh kali ganda.

“Bila didedahkan, mereka kata mereka berhak sebab perjuangkan kemerdekaan.
“Tapi penduduk kampung seperti di Berembang dihalau ketika pentadbiran Khir Toyo dan hanya terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya. –

No comments:

Post a Comment