Sidiqin Omar
13 April 2013
SABAH 13 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, tiada ikatan antara pemimpin Umno BN dengan rakyat kerana
mereka tidak pernah mengalami kesukaran hidup seperti mana rakyat biasa.
“Tidak ada talian di antara pemimpin BN yang kaya dengan rakyat
miskin. Apakah mereka tak tahu pendapatan rakyat tidak meningkat sejak
tiga bulan lalu?
“Harga barangan keperluan mahal. Barang dikawal oleh tauke, dan tauke
kroni BN,” katanya depan lebih 500 hadirin pada ceramah Jelajah Pakatan
Harapan Rakyat di Kampung Labuan, Kota Belud, malam tadi.
“Mereka sebut tentang wasatiyah. Tapi wasatiyah apa kalau gaji anak Menteri RM30,000 sebulan, anak orang biasa gaji RM800?
“Anak orang kampung, lepas jadi graduan universiti, lapan bulan masih
tak dapat kerja. Anak menteri dengan mudah dapat kontrak jaga lembu,”
katanya disambut ketawa hadirin.
Kata Anwar, rakyat Sabah berani menukar kerajaan negeri, justeru
sekarang mereka berpeluang untuk menukar kerajaan di peringkat pusat.
“Siapa kata hanya Umno pandai tadbir? Saya Menteri Kewangan lapan
tahun, (negara boleh) bayar hutang. Najib (Razak) empat tahun jadi
Menteri Kewangan, hutang negara meningkat RM400 bilion,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan, rancangan pembangunan fizikal dan
infrastruktur di Sabah dan Sarawak berdasarkan pemerhatian Pakatan
Rakyat terhadap masalah sebenar rakyat di kedua-dua negeri tersebut.
Malah rancangan itu ditiru pula BN dalam pelancaran manifestonya 6
April lalu melalui cadangan pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo sejauh 2,300
kilometer dari Sematan di Sarawak ke Serudong di Sabah.
Sedangkan Pakatan Rakyat terlebih dahulu mencadangkan pembinaan Lebuh
Raya Pan-Borneo dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat dalam
pelancarannya Manifesto Rakyat di Shah Alam 25 Februari lalu.
Malah, Pakatan Rakyat turut akan memperluaskan dan menaiktaraf
rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya
pada 134 km sahaja selain menyeragamkan harga barang keperluan asas di
antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Sebab itu kita (cadang) buat Lebuh Raya Pan-Borneo. Siapa kata kita
tak ada duit? Ini bukan keadilan. Hasil minyak petrol RM80 bilion
setahun, hasil kelapa sawit RM70 bilion setahun.
“Apa salahnya belanja RM6 bilion untuk bina lebuh raya. Bila kita nak
buat, Najib kata bankrap,” kata Anwar mengingatkan hadirin tentang
penolakan tawaran debat oleh Perdana Menteri
No comments:
Post a Comment