Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga
berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lebih
baik dengan menukar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
daripada mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau
suruhanjaya yang sudah kehilangan keyakinan orang ramai.
"Perdana
menteri berbuat demikian kerana beliau mengakui bahawa SPR tidak
mendapat keyakinan orang ramai, oleh itu mereka (anggota SPR) mesti
letak jawatan atau diganti.
"Untuk mereka melaporkan kepada
sebuah lagi jawatankuasa adalah tidak sah kerana jika anda melihat
Perlembagaan Persekutuan, mereka sepatutnya menjadi sebuah badan bebas,"
kata Ambiga ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Bernama
berhubung
ucapan Najib di majlis ulangtahun Yang di-Pertuan Agong hari ini di
mana beliau mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau
suruhanjaya itu akan ditubuhkan untuk menangani kekurangan keyakinan
terhadap SPR.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut.
Ambiga
berkata anggota SPR mempunyai kedudukan yang setaraf dengan seorang
hakim mahkamah persekutuan dan dengan meletakkan SPR di bawah sebuah, ia
ibarat meletakkan badan kehakiman di bawah pihak berkuasa lain.
"Mereka (SPR) bukan sebuah jabatan kerajaan walaupun mereka bertindak sepertinya.
"Mereka
telah berkelakuan seperti sebuah jabatan kerajaan kerana mereka dilayan
seperti itu, jadi lebih cepat setiap orang menyedari fungsi dan kuasa
SPR, adalah lebih baik.
"Itulah sebabnya BERSIH meletakkan standard pertanggungjawaban yang tinggi bagi SPR," kata peguam itu.
"Jika
mereka benar-benar mahu memulihkan keyakinan orang ramai, (caranya)
ialah membuang semua mereka (anggota SPR) dan digantikan dengan mereka
yang mendapatkan keyakinan awam dan berintegriti tinggi.
"Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Biarlah rakyat dalam
masyarakat sivil mencadangkan siapa yang patut menjadi anggota SPR. Ia Ia adalah satu penyelesaian yang sangat mudah," katanya.
DAP
supremo Lim Kit Siang yang juga sependapat dengan Ambiga, berkata
walaupun langkah Najib itu ke "arah yang betul", tetapi SPR harus
bermula dengan rekod yang bersih dengan menggantikan Pengerusinya, Tan
Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
(foto atas).
No comments:
Post a Comment