Monday, June 17, 2013

MP: Pengundi marah, kecewa dengan dakwaan calon PAS

Dakwaan tokoh PAS Dzulkefly Ahmad bahawa terdapat pemilih di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah menyokong BN dalam pilihan raya lalu membangkitkan kemarahan kumpulan itu.

Anggota Parlimennya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau menerima banyak reaksi, termasuk ratusan panggilan telefon dan SMS, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram yang kebanyakannya generasi muda menyatakan kemarahan dan kekecewaan.

NONE"Tuduhan Dr Dzul (Dzulkefly) (kanan) adalah seperti menghina kematangan pengundi terutamanya orang muda Kuala Selangor.

"Dr Dzul perlu membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhan beliau kepada seluruh pengundi Kuala Selangor terutamanya pengundi DUN Jeram atas tuduhan berat beliau ini," katanya.

Dalam wawancara terkini dengan Malaysiakini, Dzulkefly mendakwa, pembelian undi itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.

Diminta menjelaskan dakwaan itu semalam, Irmohizam memberitahu Malaysiakini, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak wujud.

Menurutnya lagi, tuduhan itu tidak berasas, sangat berat serta merendahkan maruah serta kredibilitinya selaku ahli Parlimen BN yang baru.

"Saya sendiri selaku pengundi muda di Kuala Selangor amat sedih dan kecewa atas tuduhan Dr Dzul ini kerana saya amat menghormati beliau sebagai seorang individu yang amat berpengalaman dalam politik berbanding diri saya.

NONE"Saya ingin menasihatkan agar Dr Dzul buat laporan polis atas tuduhan beliau ini," katanya.

Irmohizam (kiri) juga berkata, beliau juga mendapat maklumm balas daripada pengundi bahawa Dzulkefly harus tabah dan matang menerima takdir dan ketentuan Allah yang menyaksikan BN dipilih di Kuala Selangor.

Irmohizam merampas kerusi Kuala Selangor dari tangan Dzulkefly dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti 64 peratus Melayu itu.

Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834.


 Antara Komen-Komen Pembaca:

  • Raja Mohd Shahrim ·
    Ni bukan tuduhan Irmohizam...walaupun kita kawan sejak semasa kau baru menapak dlm NGO.. tapi isu membeli undi memang wujud...aku org kuala selangor.. walaupun tak megundi disana tapi dari sedara mara mengesahkan pemberian wang tunai.. kain, beras malah ada petugas UMNO yg meminta salinan IC utk disimpan.. kejadian berlaku di Kg Kuantan, Kg. Api Api, Kg. Asahan dan Telok Penyamun....ingat tanpa bukti yg kuat Sdr. Dzulkelfy Ahmad tidak akan membuat tuduhan dan Parlimen Kuala Selangor ada dlm senarai 31 petition kerusi Parlimen yg dibawa kemahkamah...
     
    • A Hadeeq Saai ·
      Ianya turut berlaku di Parlimen Ketereh dan mgkn di tempat lain. Wife aku pun dipaksa bersumpah.Apa yang Dr Dzul dapat selain dari gaji jika dia menang? So, x perlu nak meroyan dan buat fitnah... X mgkn akan jadi jutawan kerana di ahanya jadi MP PAS...
    • Hj Atan Darus Chik · 
      Dr Dzulkefly tak akan buat tuduhan melulu tanpa ada bukti..aku kenal dia..tunggu perbicaraan..
    • Niru Ssb ·
      RMS....perkara sama belaku diparlimen seratok s'wak....walaupun aku bukan pengundi disana tapi aku berada disana 3 hari sebelum mengundi.....ianya banyak berlaku du DUN KALAKA.....yg majoritinya bumiputra islam.......
    • Lang Buana ·
      ULAT TAIK!ULAT TAIK! kemana saja kamu pergi tetap BAU BUSUK TAIK!!!kalau nak kenal PEMIMPIN MELAYU UMNO lahhhhh!!
    • Nusantara Raya ·
      Kalau nama tempat Api Api dan telok Penyamun !! .. aku pun no komen lah !!!!!!!!!!!!!!!!!
    • Javabeserk Tulin ·
      penduduk desa coalfields dpt beras percuma...beras wangi mahal lagi..ahak2
    • Zul Iman ·
      sudah2 la tue, PRU dah abis Raja Mohd Shahrim.. hehehe
    • Ahmad Refngah Imam Mustain ·
      A Hadeeq Saai gua tatak elan lo,mana-mana juga ada ma...kasi duit,beras asal boleh menang lo..
    • Rahim Yunus
      Nilai Melayu antara RM20-RM1000 ÷5tahun = RM4 - RM200 setahun = 36 sen hingga RM19 sebulan. sehari ????. Kasihan Melayu yang sanggup jual undi nak dapat 36 sen hingga RM19 sebulan.
       
    • Zek Silana ·
      Hj Atan Darus Chik ...sudahlaaaa..dah kalah tu sudahla....
    • Tenggiling Landak ·
      Benda seperti ini tidak MUSTAHIL bak kato orang putih "LAST MINUTE CORRUPTION" . .. terjadi di kampong aku juga . . . . waktu orang solat Maghrib kontraktor hantar paip air buat penyambungan air untuk beli undi orang kampong aku . . . . tapi orang kampong aku ta sebodoh orang yang buat PROJEK LAST MINUTE itu . . . . . mereka ucapkan teima kasih tapi UNDI PR . . . mereka beritahu kontraktor itu kalau bukan kerana PEMBANGKANG mana BN nak SODOK KAMPONG KAMI DENGAN AIR PAIP INI . . . . .
  • Zainal Abidin ·
    kalau tak menipu...bkn bn dan umno la...
    • Zek Silana ·
      dah kalah sudahla...nak menang saja ...kalah saja....tipu.....apala..cetek benar pemikirannnn...
    • Rosli Sabubg ·
      menipu dah jadi darah daging UMNO. Aku terima kekalahan tapi UMNO menang dengan cara menipu aku tak terima.
    • Dinozoff Valentino ·
      Rosli Sabubg ADA BUKTI????

  • Al-Abror Mohd Yusuf ·
    mamat ni tak habis2 dgn istilah "muda" dia. dan dia tak sedar berjuta2 pengundi dihina dgn penipuan dakwat kekal.
     
  • CK Kuan ·
    Undi rosak terlalu banyak langsung tak masuk akal. Seolah-olah banyak pengundi tidak bersekolah dan tidak tahu cara memangkah kertas undi , maaf hanya contoh untuk memudahkan ia difahami
  • Veera Mohan ·
    Saya adalah anak jati kg kuantan..apa yang Dr Dzul katal adalah benar..RM100 hingga RM1000 diterima pengundi disana termasuk beras dan voucher RM..ini diuruskan oleh ketua2 cawangan MIC UMNO, MCA..Datuk Irmohizam adalah calun terus dari PM..oleh itu dia guna wang terlalu banyak untuk menang pilih raya ini..

No comments:

Post a Comment