Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan
melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya
menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan)
berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid
dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan
Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.
Bercakap di sidang
media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan
itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara
itu minggu ini.
Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.
PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.
Malaysiakini
masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri
berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan
itu.
No comments:
Post a Comment