Rakyat Malaysia sebenarnya yang tidak "sabar" untuk menunggu lagi lima
tahun untuk melihat pertukaran rejim sementara pembangkang, termasuk
tokohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menunggu, kata Naib
Presiden PKR Tian Chua.
"Anwar boleh tunggu. Ramai lagi orang boleh tunggu, tetapi saya tidak rasa rakyat Malaysia cukup sabar untuk menunggu lagi lima tahun," kata Chua dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini.
"Saya tidak rasa ekonomi kita boleh bertahan dengan lima tahun pembaziran lagi.
"Keperluan mendesak untuk perubahan datang daripada tuntutan rakyat," katanya ketika ditanya sama ada pilihan raya umum lalu peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri.
"Perjuangan ini bukan tentang Anwar mahu jadi PM. Tetapi PRU13 adalah peluang terakhir Malaysia ke arah langkah perubahan demokratik," katanya.

No comments:
Post a Comment