Tuesday, June 18, 2013

PKFZ: Mahkamah arah CEO KDSB beri keterangan

Koh Jun Lin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Faizal Abdullah memberi keterangan dalam perbicaraan kes dakwaan menipu bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik.

Hakim Ahmadi Asnawi menolak permohonan Faizal untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan terhadapnya pada 3 April, sekali gus memaksa beliau memberi bukti-bukti dalam pembelaan Ling.

"Saya dapati walaupun tiada merit (dalam permohonan ini) kerana pemohon terlibat dalam mesyuarat berhubung harga tanah (Zon Bebas Pelabuhan Klang), jadi saya berpandangan, pengakuannya relevan dan boleh membantu pembelaan.

"Saya justeru itu menolak permohonan ini," kata hakim.

Sebelum itu, peguam Faizal, K Kumaraendran berhujah di mahkamah, peguam pembelaan Ling gagal menunjukkan bahawa beliau merupakan saksi penting untuk pembelaan Ling.

No comments:

Post a Comment