Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu
ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan
dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua
hari.
Pemimpin
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata,
untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang
ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.
"Semua harus sedia
mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari
khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan
protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin),"
katanya.
Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan.
Dalam
kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard
menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat
perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.
"Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya.
Beliau
juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor
dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu.
No comments:
Post a Comment