Tuesday, June 18, 2013

Tian Chua: Demo sampai bos SPR letak jawatan

Ram Anand
Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur.

NONENaib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam.

"Saya tidak rasa SPR boleh bertindak menentang hasrat rakyat.

"Lima tahun lalu, orang ramai beritahu saya bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi akhirnya mereka buat," katanya ketika ditanya tentang penolakan berulang kali pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gesaan meletakkan jawatan.

"Kita sampai tengah malam di Parlimen untuk meluluskan undang-undang pilihan raya, yang dipersetujui kedua-dua pihak, yang jelas menyebut dakwat kekal mesti tahan tujuh hari.

"SPR kemudian dengan senang-senang melanggar undang-undang itu," katanya, empat hari sebelum perhimpunan besar mempertikaikan keputusan pilihan raya di Padang Merbok Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment