TEHRAN - Calon reformasi, Hasan Rowhani yang merupakan seorang ulama meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Iran.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Mostafa Mohammad Najjar berkata, Hasan memperoleh 14,020,139 (50.8 peratus) undi daripada 23,014,873 undi keseluruhan.


Bekas perunding nuklear itu menewaskan pesaingnya, Mohammad Bagher Qalibaf yang memperoleh 4,369,985 (15.83 peratus) undi dan seorang lagi yang juga perunding nuklear, Saeed Jalili dengan 3,163,211 (11.46 peratus) undi diikuti Mohsen Rezaei dengan 3,129,444 (11.34 peratus) menurut laporan AP.


Semalam, berjuta penduduk Iran mengundi untuk memilih presiden baru menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.


Lebih 50.5 juta orang layak mengundi dengan golongan pembaharuan yang mahukan kemenangan diraih calon reformis.