Salmiyah Harun
6 April 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama
Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai
kosmetik semata-mata.
Ini kerana, baru sahaja empat hari
parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga
projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8
bilion bermula tahun ini.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.
Katanya,
Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek
berskala mega sedangkan ianya penyalahi garis panduan kerajaan
sementara.
"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan
apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja
misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi
Harakahdaily.
Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat
sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah
membohongi mereka.
"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.
Semalam,
Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi pembinaan sebuah
masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar
Cyberjaya.
Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai
RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak
seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.
Selain pembinaan
masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan
di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.
Katanya,
sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu
persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat
kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000
dan RM250,000.
No comments:
Post a Comment