TEMERLOH:
Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina
Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk
menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya
selepas 2 hari ditubuhkan.
Mengikut carian di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari
2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.
(Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)
“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia
2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat
sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan
hari ini.
Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah
syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di
Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di
Batu Caves. (SSM3.jpg)
Tidak dapat dipastikan samada mereka
khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun
mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk
Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no
kad pengenalannya mendapati tidak ada sebarang rekod dinyatakan.
Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat
Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah
menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.
Kontrak 7
tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang
ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman
Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg)
Satu
surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang
bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak
penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh
tahun.
Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri
Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan
kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.
“Pembiayaannya
adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca
surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/
Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis /
Cameron Highlands / Raub / Bera.”
“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.
Surat
itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini
ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam
Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk
jalan di dalam kategori yang lain.
(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)
Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.
“Oleh
yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori
Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih
belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.
"Walaubagaimanapun,
kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh
kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.
Dalam
kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS
Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri
Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.
1.
Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda
kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?
2. Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?
3.
Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah
sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?
4. Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?
5. Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?
6.
Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah
kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?
“PAS
dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini,
dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga
nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat
menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim.
PAS dan
Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini
berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat
bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan
berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.
“Kontrak
ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat
persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada
syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,”
tambah beliau.
No comments:
Post a Comment