Anak
muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan
berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur Norsharidah Awang.Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.
Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1).
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.
Adam Adli diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas.

No comments:
Post a Comment