Menurut twitter Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Adam akan diwakili peguam N Surendran, yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Adam ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.
Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada esok.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.
Penahanannya mendapat bantahan meluas di seluruh negara, manakala nyalaan lilin dilakukan di hadapan Lokap Berpusat Jinjang, tempat Adam ditahan bermula hari pertama sehingga malam tadi.
No comments:
Post a Comment