KEDAH: Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.
Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.
Orang ramai yang berkelapangan diajak turut serta pada Himpunan Black 505 malam ini.
No comments:
Post a Comment