"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada,"
Friday, May 24, 2013
AMK dan Wanita PKR perlu proaktif
PETALING JAYA 24 MEI : Angkatan Muda dan Wanita PKR perlu proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru kawasan pilihan raya.
“Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini,” kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Selain itu, Azmin mencadangkan sebuah suruhanjaya bebas yang telus dan professional perlu dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan bahagian pilihan raya dilaksanakan dengan adil.
Katanya, peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor persempadanan baru itu.
Ia tegas Azmin jika berlaku akan menjejaskan kredibiliti dan kebebasan SPR.
“Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada ‘gerrymandering’ yang didalangi Umno.
“Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan,” kata Azmin.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Perasmian Kongres Nasional PKR bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita yang bertajuk ‘Laksana Satu Nyawa’ berlangsung di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.
Jelas Azmin, sistem ‘Boundary Commission for England’ ini diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun.
“Ia mesti berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini,” ujar Azmin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment