KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji
undang-undang terhadap 'penyalahgunaan' media sosial yang boleh
menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan.
Ahli
parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya
boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti
beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum
ini.
"Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat.
"Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan," soal Idris.
Menurutnya,
laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam
kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus
perdana secara total.
Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku
perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar
khususnya melibatkan pengundi muda.
Ianya turut diakui sendiri
oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu
forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu
negara.
"BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang
tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G
inilah yang paling ditakuti oleh BN.
"Persolannya sampai bila BN
hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat
bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik
ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu
utama BN untuk mempengaruhi pengundi," soal Idris lagi.
Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat.
Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuat-kuasa kepada pembangkang.
"Perkara
ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol
permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan.
"Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment