Sunday, May 19, 2013

Halang Black505 di Kedah, tanda Mukhriz ‘Mini-Mahathir Firaun’

Masdar Wahid
20 Mei 2013
Mukhriz dan Mahathir

KUALA LUMPUR: Penolakan Datuk Mukhriz Mahathir terhadap permohonan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan ‘Black 505′ di Stadium Sultan Abdul Halim esok menunjukkan ciri pemerintahan ‘Mini-Mahathir Firaun’ Menteri Besar itu pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad – ayah Mukhriz digelar ‘Maha Firaun’ ekoran tindakan zalim bekas Perdana Menteri itu ketika era perhimpunan Reformasi rakyat membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

“Tindakan Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan serta penghapusan hak dan demokratik yang dinikmati rakyat Kedah pada lima tahun sebelum ini.
“Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh beliau isyarat jelas munculnya pemimpin ‘Mini-Mahathir Firaun,” katanya pada kenyataan.

Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Gooi berkata, penafian hak seperti itu tidak berlaku semasa pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah apabila tempat awam dibuka kepada semua parti politik tanpa diskriminasi.

“Alasan Muhkriz kononnya ucapan dalam himpunan itu akan membangkitkan rasa benci terhadap BN tidak boleh diterima kerana rakyat Kedah sudah cukup matang untuk membezakan mana yang benar dan tidak benar,” katanya yang juga seorang peguam.

Himpunan ‘Black 505′ di Kedah itu adalah salah satu siri bantahan Pakatan di seluruh negara terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melakukan pelbagai penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

No comments:

Post a Comment