Sunday, May 26, 2013

Rakyat suluh demokrasi Malaysia yang gelita di himpunan Black 505



Gelita

PETALING JAYA, 26 MEI: Kerlipan ribuan lampu telefon bimbit dan nyalaan pemetik api, simbolik menyuluh demokrasi Malaysia yang gelita mengakhiri pesta Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, semalam.

Meskipun kebanyakan hadirin terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dan hujan turun pada sebelah petangnya, namun tidak menghalang kehadiran lebih 50,000 rakyat di upacara kemuncak pesta Black 505 bagi membantah penipuan pilihan raya.

Walaupun dihambat dengan tangkapan, ugutan dan provokasi dalam siri jelajah himpunan Black 505 sebelum ini, namun rakyat tidak gentar, malahan ‘berpesta’ meraikan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur yang hadir dari seluruh negara.

Muqadimah acara dari sebelah petang dipanaskan dengan pembukaan ucapan oleh pimpinan mahasiswa, NGO dan artis. Masing-masing mengkritik sikap kerajaan dan SPR yang bersekongkol melakukan penyelewengan pilihan raya.

505_petang

Antara yang menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang, aktvis mahasiswa KS Bawani, selain artis Leman Raja Lawak dan pelakon Abby Abadi.

Di atas padang, ribuan hadirin memakai pakaian hitam, tanda kematian demokrasi di Malaysia mengibar bendera parti Pakatan Rakyat dan negeri dari seluruh Malaysia

971883_10201263444093876_2073480616_n

Manakala, anak-anak muda turut menjadikan Himpunan Rakyat 505 sebagai kempen anti-perkauman bagi membalas propaganda jahat yang disebarkan media pro-BN dengan plakad, kain rentang dan slogan di baju-T mereka.

Seperti mana kebiasaannya di program anjuran Pakatan Rakyat, penjaja kecil mengelilingi tapak program dengan dagangan mereka antaranya warung makanan, VCD ceramah, baju-T yang dibeli sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Pentas semakin gamat sebaik nama penyanyi ‘blues’ ulung tanahair, Ito diundang naik ke pentas untuk menyanyikan lagu ‘Ubah Sekarang’ bersama-sama ribuan hadirin.

Pengacara majlis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berterusan mengulangi tuntutan utama Himpunan Black 505.

Tiga tuntutan utama yang disokong 60 NGO dan parti politik ialah mendsak pemimpin SPR meletakkan jawatan, mengadakan pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan da menyokong tribunal Bersih untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

505_Niaga

Walaupun dengan ucapan ringkas, lebih 30 speaker naik ke pentas utama menyampaikan pidato masing-masing mengingatkan rakyat bahawa kerajaan yang memerintah hari ini tidak mendapat mandat dari majoriti rakyat.

Keadaan menjadi gamat dengan tiupan vuvuzela dan wisel sebaik ketibaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan.

505_Amcorp_Mall

Beliau dalam ucapannya berkata, himpunan diteruskan pada masa akan datang kerana ia adalah hak kepada semua rakyat Malaysia.

“Kita akan terus berhimpun. Tidak boleh dicabar. Kerana ini adalah hak kita untuk menentang kezaliman,” kata Anwar sambil menegaskan, himpunan tetap akan dijalankan dalam suasana aman.

Selepas lebih 5 jam berhimpun dalam cuaca yang baik, tanpa berlaku sebarang kekecohan, pesta Himpunan Suara Rakyat 505 diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’.

No comments:

Post a Comment