Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di
Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid
Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan
aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.
Berkumpul
bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30
mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru
dilantik itu.
Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu
bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa
walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap
berat sebelah.
Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.
Tarikan
di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia,
Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini
selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.
Katanya,
tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang
didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan
polis.
"Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat
menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah
menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan
terpilih itu.
No comments:
Post a Comment