Norutul Ilham
SARAWAK: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa
apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut
pagi tadi.
Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr
Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat
di pelabuhan tersebut.
Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan
Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya
mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.
Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.
“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.
“Kami tanya pada polis mengapa tidak benarkan kami masuk. Mereka beri
alasan kerana tidak buat temu janji terlebih dahulu,” katanya.
Mengulas sekatan tersebut, Kiong menyifatkan kejadian yang memalukan
itu sekaligus menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud
begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat.
“Ini semua kerja Taib Mahmud…Beliau sengaja beri arahan supaya halang kemasukan kami,” katanya.
Sebelum ini, pada Mac 2011, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa antara
pemimpin Pakatan yang dihalang memasuki Sarawak. Pihak Imigresen yang
menahan beliau hanya memberi alasan sekadar mengikut arahan dikeluarkan
pejabat Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment