Monday, May 6, 2013

Pakatan tolak keputusan, tuntut penjelasan


(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan.

Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi.

"Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Selain itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya.

Tambahnya, konpirasi penipuan ini perlu dijelaskan oleh SPR kerana terdapat bukti-bukti yang boleh mengesahkannya.

BN membentuk kerajaan kira-kira jam 12.45 pagi apabila melepasi kemenangan mudah 112 kerusi Parlimen.


Dalam pilihan raya ini, Pakatan mendapat 89 kerusi parlimen  berbanding BN 133 kerusi.

No comments:

Post a Comment