Situasi buntu untuk demo Padang Merbok
PKR selalu terperangkap dengan keadaan buntu
apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan polis
masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan lampu
hijau.
Terbaru,
polis Dang Wangi dilaporkan berkata, permohonan PKR untuk mengadakan
perhimpunan ‘Black 505' di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini
tidak lengkap kerana tiada kebenaran daripada pemilik tempat.
Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramlli berkata, berdasarkan pengalaman mereka
sebelum ini, polis mahukan kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran
diberikan; manakala pemilik tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih
dahulu.
"Keadaan ini mencipta halangan yang tidak perlu dan
bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang mana isu
kebenaran polis tidak timbul," katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment