Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata
Pakatan Rakyat memutuskan bahawa perhimpunan yang pada asalnya dirancang
untuk diadakan pada 15 Jun ditunda ke minggu seterusnya pada 22 Jun.
Dalam
sidang medianya hari ini, Rafizi berkata keputusan dibuat bagi memberi
ruang untuk satu majlis perkahwinan dan juga satu acara kitar semula.
Ia diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak yang menganjurkan acara pada 15 Jun itu, katanya.
"Selepas
perbincangan dengan polis Dang Wangi, penganjur memutuskan untuk
menukar tarikh perhumpunan ke minggu seterusnya, pada 22 Jun," kata
dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Perhimpunan
berkenaan dirancang sebagai acara kemuncak untuk siri perhimpunan bagi
membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.
No comments:
Post a Comment