Wednesday, June 5, 2013

MAHB: KLIA2 90% siap, kos bawah RM4b


Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menyatakan bahawa pembinaan terminal tambang murah KLIA2 telahpun 90 peratus siap dan kos yang terlibat masih berada bawah paras RM4 bilion, selepas mengambil kira perubahan yang terlibat.

Syarikat itu turut menjelaskan, tarikh jangkaan siap untuk projek berkenaan tidak dapat dipastikan pada masa ini, sehinggalah satu program kerja terperinci dan perancangan sumber oleh kontraktor terlibat dalam diteliti oleh pasukan pengurusan projek dan perunding.

Namun, perkara itu masih belum dikemukakan, kata MAHB dalam satu kenyataan.

Ini bagi meyakinkan MAHB bahawa tarikh siap projek berkenaan tidak tersasar lagi, seperti yang berlaku sebelum ini, menurut kenyataan itu lagi.

"MAHB akan terus bekerjasama dengan kontraktor terlibat untuk menyelesaikan masalah mereka dalam cara paling baik.”

Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menggelar MAHB sebagai “pembohong” kerana menyatakan bahawa terminal berkenaan akan siap menjelang Jun dalam satu kenyataan pada Mac.

MAHB kemudiannya selepas pilihan raya umum lalu menyebut bahawa projek berkenaan ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak ditentukan.

No comments:

Post a Comment