SAH keputusan PRU13 akan di cabar
Pakatan
Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang
sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak
dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi
KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan
segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih
berkesan.
“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU
lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang
berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah
melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar
pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah
sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita
tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit
menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke
Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara
Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.
Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila
gagal memenangi undi dari kaum Cina. “Saya orang Melayu dan di hadapan
saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.
“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya,
malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit
mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi.
No comments:
Post a Comment