Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan
lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya,
pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.
Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok,
mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok),
Ipoh
(12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).
"PKR
yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan
menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan
pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat,"
katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan
yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan
"penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan
atasan SPR.
Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama
untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan
panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.
"Hasil dari
siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di
mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di
dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap
mereka," katanya.
Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.
No comments:
Post a Comment