Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
1 Mei 2013
Ketika artikel ke 8 sempena PRU 13 ini di tulis blogger Milosuam
baru saja ditahan dipercayai atas berita mengenai sumber berita dan
bukti polis mengundi awal.
Kecelaruan isu ini ialah berpunca
daripada sidang akhbar Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang
menyebut hanya tarikh mengundi awal polis dan tentera pada 30hb April
2013 manakala mengundi biasa pada 5hb Mei 2013 selain mengundi diluar
negeri pada 28hb April 2013.
Pengerusi SPR juga menegaskan
tiada lagi istilah undi Pos yang kemudiannya masih wujud lagi
rupa-rupanya undi Pos ini. Tiba-tiba negara di kejutkan dengan berita
bergambar oleh Milosuam yang ada anggota polis mengundi lebih awal
daripada 30hb April 2013 yang dinafikan oleh PDRM dan SPR yang membawa
kepada penahanan Milosuam selepas laporan polis di buat oleh Jabatan
Siasatan Komersial PDRM dan SPR sendiri.
Seterusnya lebih
pelik majoriti media arus perdana menyiarkan pula berita tentera di
Lahad Datu mengundi lebih awal daripada 30hb April 2013. Maka makin
kelirulah rakyat dengan SPR.
Kekeliruan
terhadap tindak tanduk Pengerusi SPR yang umumkan dakwat kekal 7 hari
dan sebelum itu 5 hari tetapi pihak pasukan keselamatan dan isteri
masing masing dapat membasuh dakwat yang dikatakan kekal dan ini membuka
pada pra sangka rakyat yang undi lebih dari sekali masih boleh berlaku.
(Laporan polis telah di buat terhadap SPR atas isu ini oleh yang berkenaan)
Selepas terbongkarnya dakwat yang bernilai jutaan ringgit itu
sebenarnya boleh dibasuh, SPR menerusi setiausahanya menjelaskan botol
perlu di goncang sebelum guna-agaknya segala kursus untuk petugas SPR
yang dilakukan lebih dari sekali tidak memadai.
Hari rabu
1hb Mei 2013, di berita radio klasik pula berulang ulang audio Datuk Wan
Ahmad Timbalan Pengerusi SPR berkata yang lebih penting dari dakwat
kekal ialah daftar undi yang di katanya sebagai 100% tepat. Ini
seterusnya membuka lagi rasa ketidak percayaan rakyat terhadap SPR
dengan pendedahan demi pendedahan merujuk kepada daftar undi di
Harakahdaily.net dan Keadilandaily sejak beberapa hari yang lepas.
Minggu
lepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di kinitv dan
pelbagai media lain mengenai kenderaan yang membawa kertas undi yang
belum di pangkah yang sepatutnya menuju ke ibupejabat SPR di Putrajaya
di lencongkan ke Kawasan Industri di Kajang yang kemudiannya di
ketawakan Pengerusi SPR sebagai kawasan berkenaan memang SPR ada gudang.
Namun beberapa hari lepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Kinitv (gambar)
dan pelbagai media lain juga bukti-bukti bergambar rumah kedai yang
dikatakan Pengerusi SPR sebagai gudang itu kelihatan seperti lokasi
penagih dadah ataupun rumah kedai tempat jin bertendang yang mana ia
kelihatan amat using, buruk dan lama di tinggalkan.
Ianya memang
agak tak munasabah untuk dikatakan gudang SPR malah semakan milikan
yang dilakukan ianya bukan milik SPR . Rakyat akan percaya jika ianya
tempat penjenayah menyimpan dadah dengan lokasi yang begitu kotor tak
terjaga atau ibupejabat Count Drakula.
Ini rupanya gudang SPR bak kata P Ramlee dalam filem Labu Labi, “macam setan” merujuk kepada keadaan kereta Haji Bakhil.
(Tontonlah
video pendedahan terkini Dato Seri Anwar Ibrahim di laman youtube,
kinitv, keadilandaily, malaysiachronicle, themalaysiannsider,
harakahdaily.net dan nilaikan sendiri samada nak percayai SPR atau nak
percayai pendedahan yang amat logik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Sejak
beberapa hari yang lepas rakyat Malaysia di media sosial telah
mendapat beberapa keping gambar ketibaan rakyat Bangladesh yang beratur
panjang memakai dengan keadaan yang amat ramai dan bas-bas mengangkut
mereka terus masuk ke kawasan khas berhampiran landasan penerbangan.
Malah
jadual ketibaan mereka menerusi pengangkutan udara telah di perolehi
oleh warga cyber dengan pelbagai medium media sosial. (Pada 2hb Mei 2013
, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laporkan Keadilandaily di jangka
mendedahkan bukti ketibaan para pengundi rakyat Bangladesh ini)
Jawapan
yang diberi Pengerusi SPR di satu program tv sempena PRU 13 baru- baru
ini ialah asalkan seseorang itu mempunyai kad pengenalan yang sah , SPR
tidak akan pertikai status mereka. Soalnya apakah jika haiwan seperti
orang utan datang beratur di hari mengundi dengan membawa kad pengenalan
yang sah, SPR akan mengizinkan haiwan berkenaan mengundi semata-mata
kerana ia membawa my kad yang asli.
Jadi,
amatlah patut SPR menggunakan budibicara untuk mempertikaikan status
mykad berkenaan walaupun asli dan seterusnya tidak membenarkan mereka
mereka yang berwajah Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myammar dsbnya
mengundi.
Jika
JPN perlu berada di setiap lokasi mengundi, maka wujudkan meja JPN.
Tidak semua pegawai JPN akan menyokong sebarang pemalsuan kerakyatan
sekalipun zahirnya mykad itu asli.
(Hantu hantu dah tiba di lapangan terbang)
Lebih sejuta rakyat (atau 800 ribu atau cuma 45 ribu
mengikut kepercayaan propaganda masing masing) yang menghadiri Himpunan
Kebangkitan Rakyat-Merdeka Rakyat di Stadium Merdeka awal tahun ini
telah berjanji dan berikrar untuk turun humban SPR ke penjara jika SPR
menipu pada PRU 13 yang dijadualkan berlangsung ahad ini.
Amaran
rakyat ini harus di ambil serius oleh SPR dan pihak pasokan keselamatan
patut membantu rakyat menghadapi para penipu dan penjenayah
pilihanraya. Kini pihak pasokan keselamatan berkuasa sepenuhnya terhadap
keselamatan negara tanpa campurtangan sebarang ahli politik pemerintah
sebelumnya kerana tiada kerajaan yang wujud sebelum keputusan rasmi yang
adil diumumkan.
(Wan
Ahmad Timbalan Pengerusi SPR memegang akhbar Harakah yang dengan tepat
melaporkan dimuka belakang,”Wan Ahmad Tak Boleh DiPercayai”)
Berita
Radio Klasik Rabu 1hb Mei 2013 juga menyiarkan audio Datuk Wan Ahmad,
Timbalan Pengerusi SPR yang mengatakan para pengundi selepas mengundi
perlu beredar daripada berlegar-legar di kawasan berdekatan kerana ianya
satu kesalahan yang boleh di tafsirkan sebagai cuba meraih undi.
Namun
amat penting rakyat membantu ejen calon memantau setiap saat pergerakan
kertas dan peti undi dengan bergilir gilir berehat,berSolat dan
sebagainya. Jadi peraturan baru yang diwujudkan itu memungkinkan
salahlaku seperti penipuan berlaku bila ejen calon terleka umpamanya dan
ejen calon yang sedikit amat mudah di lekakan contohnya dengan mengajak
berbual lebih lebih lagi jika wanita yang agak manis yang mengajak.
Datuk
Wan Ahmad seterusnya lagi disiar Radio Klasik sebagai mahukan calon
cuma berkempen dan tidak perlu fokus pada sebarang salah laku SPR
seperti pengundi hantu, dakwat kekal, daftar undi dsbnya.
Beliau
menegaskan yang daftar undi adalah 100 peratus tepat yang rakyat boleh
dengan mudah mendapati beliau berbohong. Sila rujuk pelbagai berita
mengenai isu daftar undi ini yang disiar hujung April 2013 dan awal Mei
2013 di Keadilandaily dan Harakahdaily.net
Manakala Setiausaha
SPR, Datuk Kamaruddin Baria pula cuba ketengahkan isu membeli kertas
undi adalah satu kesalahan. Ini lebih dilihat cuma untuk mengalihkan
pandangan rakyat daripada isu pokok iaitu pengundi hantu, daftar undi,
dakwat kekal, kewujudan gudang SPR di Kajang, kenderaan SPR dsbnya.
Rakyat
juga perlu ambil perhatian dengan pelbagai jenis kenderaan SPR yang
membawa peti undi untuk ke pusat pengiraan. Jika kenderaan darat, ejen
calon dibenar mengikut kenderaan berkenaan daripada belakang. Namun jika
ianya melibatkan 71 helikopter, 2 pesawat ringan, 1000 bot, tiada ejen
calon dibenar berada bersama dalam kenderaan berkenaan apatah lagi amat
sukar untuk berada dalam kenderaan berasingan.
Penjelasan
tidak dibenarkan ada bersama didalam pesawat, helicopter dan bot bot
ini saya perolehi setelah berbincang dengan 3 pegawai SPR Putrajaya pada
hari penamaan calon pada 20hb April 2013 dan pegawai yang menjawap
soalan saya adalah dipercayai ketua kepada dua lagi pegawai SPR di
Putrajaya memandangkan hanya pegawai berkenaan diizin menjawap isu yang
dikemukakan ini.
(Tiada ejen calon dibenarkan bersama dalam helicopter cuma petugas SPR)
Jika
kita ingat ketika beberapa Pilihanraya Umum yang lalu pihak pihak
berkepentingan telah membuat laporan polis mengenai terjumpanya kertas
kertas undi yang telah di pangkah di buang di kawasan pembuangan sampah.
Isu ini tidak diselesaikan dengan baik oleh SPR sehingga kini
dimana ketika itu pada PRU berkenaan Firdaus bekas Imam Masjid Negara
mengamuk menyepak peti undi selepas tetap tewas pada Datin Seri Wan
Azizah selepas kiraan semula. (Firdaus menafikan menyepak peti undi
tetapi bukti video di kemukakan berjaya membuktikan bekas Imam Masjid
Negara yang bertanding atas tiket BN juga tidak merasa bersalah
berbohong)
Teori membuang kertas undi secara logiknya ialah bila
peti undi yang mengandungi sejumlah tertentu kertas undi yang telah
siap di pangkah hendak di tukar dengan peti undi yang mengandungi undian
asli maka peti undi yang mengandungi kertas undian asli perlu dibuang
akan tidak kelihatan seolah olah terlebih jumlah pengundi dari yang
sepatutnya di satu satu kawasan.
(Bahagian depan t shirt yang agak kreatif)
Pada
1 hb Mei 2013, di Munajat Perdana di Padang Kelab Sultan Sulaiman
Kampung Baru yang di banjiri lautan manusia ramai pekedai menjual t
shirt bertulis Amaran Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu. Mungkin
rakyat boleh membeli t shirt berkenaan di serata lokasi ceramah seluruh
Malaysia dan memakainya sebaik sahaja selepas mengundi untuk menyedarkan
SPR, jika berlaku penipuan, semua yang disyaki terlibat dengan penipuan
PRU dalam
SPR akan di humban ke penjara oleh rakyat sendiri
dengan menggunakan peruntukan Citizen Arrest yang di sediakan di bawah
Kanun Acara Jenayah. (Sila google search artikel: Citizen Arrest Aset
Pusaka Terpenting Rakyat Malaysia)
Himpunan Kebangkitan 1 juta
Rakyat Stadium Merdeka 2013-tidak termasuk permandangan di luar stadium
untuk humban SPR ke penjara jika tipu PRU 13.
Pihak berkuasa
seperti Imigresen patut menyekat pegawai pegawai tinggi SPR daripada
meninggalkan negara bermula 5hb Mei 2013 atas budibicara pegawai di exit
point berkenaan atas alasan disyaki mengkhianati negara dengan
bersubahat melakukan penipuan dalam PRU.
Seterusnya kakitangan
SPR yang mengetahui sebarang tindakan cubaan menipu mana mana pegawai
SPR sepatutnya terus melaporkan pada Polis, Ejen Calon, Calon, Media PR,
Media Sosial serta di muat naik serta merta ke media antarabangsa
seperti CNN, BBC, Al Jazeera dll.
Juga agak memeranjatkan bila Zulkifli Nordin beberapa hari
sebelum di calonkan BN memberitahu pada satu sidang akhbar yang dia
jamin kekacauan akan berlaku malah menyebut satu persatu plan kekacauan
berkenaan. Pihak PDRM wajar mendapatkan maklumat lanjut dengan memanggil
Zulkifli Nordin.
Insya Allah pihak PDRM dan tentera yang
mempunyai badan risikan masing masing tentunya lebih arif tentang
realiti fakta sebenar perancangan cubaan huru hara dan patut menahan dan
mendakwa semua mereka yang berkenaan segera.
Sekiranya
terdapat sebarang perkara yang rakyat tidak puas hati, laporkan sahaja
pada Pengurus Pilihanraya lokasi berkenaan, juga buat laporan polis dan
hebahkan pada media media PR serta secara terus dalam talian kepada
pelbagai media terkemuka antarabangsa agar sebarang isu salahlaku tidak
dapat ditutup lagi.
(Rakyat yang penuh sesak di Stadium Merdeka ini akan pastikan pilihan raya kali ini bersih dan jangan cuba menipu)
Seterusnya pernah juga berlaku di dalam salah satu PRU yang lepas
dimana seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak terputus bekalan
elektrik sebaik saja pengiraan undi bermula. Namun yang amat
menghairankan sebaik sahaja bekalan elektrik pulik sekitar jam 8 malam,
keputusan BN menang besar di Sabah Sarawak diumumkan.
Mengambil
kira kawasan yang luas di Sabah Sarawak yang memerlukan pesawat,
helicopter, bot dsbnya amatlah pelik bila semenanjung Malaysia cuma mula
rancak umumkan keputusan lepas tengahmalam yakni selepas rakyat mula
tertidor. Kepelikan SPR ketika itu amat terserlah sekali hingga ada yang
mengatakan SPR mengira undi dalam gelap di Sabah Sarawak dan berjaya
mencipta rekod umumkan jauh lebih awal daripada semenanjung. Pada tahun
berkenaan ada beberapa keputusan di semenanjung di umumkan selepas jam
10 pagi keesokan harinya.
Kali ini rakyat pelbagai kaum bangsa
agama telah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Bila kaum cina dan India
membantu kempen parti PAS sebuah parti Islam amatlah pelik sekali bila
Umno masih takut pada PAS. Bila di ajak berdebat, Umno memilih
menggunakan samseng-samseng untuk menimbulkan kekacauan.
Rakyat
sudah dapat mengesan pelbagai tipu helah Umno BN, diharap pihak berkuasa
dapat membantu rakyat yang sentiasa di zalimi dan di fitnah semata mata
kerana amalan sistem demokrasi yang sah yang mengHalalkan rakyat untuk
memilih tidak menyokong salah laku pemimpin Umno BN.
Sama sama
InsyaAllah kita membentuk Malaysia Baru dengan melupakan segala
penderitaan kepayahan dibawah Kerajaan BN InsyaAllah. Ingatlah, kini
tahun 2013 , Malaysia telah berjaya melahirkan jutaan Anwar Ibrahim
bukanlah lagi cuma seorang seperti tanggal pemecatannya sebagai TPM dan
semua jawatan berkaitan 2hb September 1998 dulu atau penahanannya pada
tanggal 20hb September 1998.
Tidak percaya, sila tonton saja
pelbagai video ucapan para pemimpin PR di Himpunan Kebangkitan Sejuta
Rakyat Stadium Merdeka awal tahun ini atau tonton saja video Ito
menyanyikan lagu Ubah Sekarang di Himpunan yang sama. Wallahualam
No comments:
Post a Comment